Daik Damai Pabila tiada rampasan hak maka tiada gertakkan serangan gencat desing senjata rencat percik darah tegak tumbangan tubuh reda raungan hiba Pabila kelu tikaman lidah maka pejam jelingan lancip bisu bentakkan berang sesak nafas dendam beku mata berair Pabila lenyap belenggu tekanan lega kemarau aman rinai keroncong sentosa kerana daik kedamaian sudah binasa Dariku Untukmu Dariku seunggun api mencair beku hatimu kaku dengan benci dan iri Dariku secangkir air menghapus semarak sukmamu liar melampau batasan adab Untukmu sekuntum puisi temanya cinta isinya duri tembusi pagar berdawai pemisah kau dan aku Celupar Lidah itu berkibas semua kata terlepas dingin menjadi panas selesa berganti rimas Bila manis bertukar pedas pahit bagai peluru berdas harga diri mula terbabas kata dikumpul untuk menebas bicara lulu melampau batas Tahu lidah membawa nahas masih dibuang pusaka kias suara keluar mengalah pembahas begitu lantang begitu tegas Puji terhambat nista bergegas maruah seteru habis dilibas rasa hati dikandung puas semua tikaman dapat dibalas Galas habis senggulung tandas lamun dihitung rugi terhempas Tika diri di dalam kemas merenung hari untuk dikupas air mata gugur merembas dosa terkumpul teramat pantas kerana lidah seringan kertas